Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aqib X Kampung Boy FC tewaskan BBE X Insuramu FC 4-2 di Liga Sri Aman 2025
  • SUKAN

Aqib X Kampung Boy FC tewaskan BBE X Insuramu FC 4-2 di Liga Sri Aman 2025

Utusan Sarawak 1 day ago

SKUAD AQIB X Kampung Boy FC mencipta kemenangan kedua Liga Sri Aman 2025 selepas menewaskan BBE X Insuramu FC dengan jaringan 4-2, di Kompleks Sukan Sri Aman, sebentar tadi. Foto A.D Photography

SIMANGGANG: Skuad Aqib X Kampung Boy FC tampil garang apabila menundukkan BBE X Insuramu FC dengan jaringan 4-2 dalam aksi kedua Kejohanan Bola Sepak Liga Sri Aman merebut Piala Datuk Francis Harden Hollis 2025 di Kompleks Sukan Sri Aman, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, pemain sayap lincah, Awang Shukry Awang Sebini berjaya meledak dua gol, manakala Ikmal Hakim dan Mohd Iskandar Kumar masing-masing menyumbang satu gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya.

Pengurus pasukan, Alfian Abu Bakar, jelas puas hati dengan tiga mata berharga itu yang menepati sasaran mereka.

“Saya harap momentum kemenangan seperti ini akan berterusan untuk skuad Aqib X Kampung Boy FC selepas ini,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Skuad kendalian Jaffary Hamdan itu kini bersedia menempuh cabaran seterusnya apabila turun menentang LA United dalam aksi ketiga, esok pada jam 3.30 petang di Kompleks Sukan Sri Aman.

“Yang penting pemain harus patuh pada arahan jurulatih dan beri fokus sepenuhnya dari sepak mula hingga wisel penamat,” tegas Alfian.

Dengan semangat yang semakin memuncak, Aqib X Kampung Boy FC kini dilihat antara pasukan pilihan yang mampu memberi saingan hebat dalam perebutan Piala Datuk Francis Harden Hollis 2025.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool atasi Bournemouth, Chiesa, Salah muncul wira 
Next: Anak Sarawak buktikan kehebatan di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.