Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Saratok perkukuh disiplin anggota melalui latihan, pertandingan kawad
  • Selatan
  • WILAYAH

APM Saratok perkukuh disiplin anggota melalui latihan, pertandingan kawad

Utusan Sarawak 12 hours ago

Latihan kawad kaki individu serta pertandingan kawad kaki berkumpulan sempena latihan pasukan mingguan bulan Ogos di PDPA Saratok. Foto: APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok terus memperkukuh disiplin dan profesionalisme anggotanya menerusi latihan kawad kaki individu serta pertandingan kawad kaki berkumpulan.

Latihan tersebut telah diadakan di pekarangan Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Saratok sempena latihan pasukan mingguan bulan Ogos.

Latihan kawad kaki individu serta pertandingan kawad kaki berkumpulan sempena latihan pasukan mingguan bulan Ogos di PDPA Saratok. Foto: APM Saratok

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran anggota dalam teknik kawad yang tepat, berdisiplin dan seragam.

“Latihan memberi fokus kepada pengukuhan asas kawad kaki, penyelarasan pergerakan serta tempo, di samping menitikberatkan disiplin, kekemasan dan keseragaman,” jelas beliau.

Latihan kawad kaki individu serta pertandingan kawad kaki berkumpulan sempena latihan pasukan mingguan bulan Ogos di PDPA Saratok. Foto: APM Saratok

Aktiviti ini kata Athirah turut memupuk daya ketahanan fizikal, kawalan diri yang mantap, dan semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua anggota yang menunjukkan komitmen penuh sepanjang sesi latihan, membuktikan kesiapsiagaan pasukan dalam menggalas amanah demi keselamatan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah Anau Entebu Atas bakal nikmati kemudahan infrastruktur baharu
Next: Nelayan hilang, perahu ditemui hanyut di sungai Kampung Tanjung Katong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.