Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Anau Entebu Atas bakal nikmati kemudahan infrastruktur baharu
  • WILAYAH

Rumah Anau Entebu Atas bakal nikmati kemudahan infrastruktur baharu

Utusan Sarawak 15 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa hadir pada lawatan kerjanya ke Rumah Anau dekat sini pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Penduduk Rumah Panjang Anau Entebu Atas bakal menikmati kemudahan infrastruktur baharu apabila projek pembinaan jalan menuju ke kawasan perkuburan di kampung tersebut telah diluluskan dan dijadualkan bermula dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri semasa lawatan kerjanya ke Rumah Anau pagi tadi.

Menurut beliau, lawatan tersebut bukan sahaja bertujuan meninjau perkembangan semasa malah menjadi ruang untuk berbincang secara kolektif bersama penduduk.

Hal ini terutamanya mengenai keperluan serta cadangan projek baharu termasuk permohonan naik taraf atap rumah panjang, pembinaan jalan pertanian, dan penambahbaikan jalan serta parit di kawasan skim padi Entebu.

“Pusat Khidmat ADUN Kalaka akan terus berusaha menyediakan kemudahan asas melalui kerjasama agensi kerajaan, selain memanfaatkan peruntukan di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA),” jelasnya.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa hadir pada lawatan kerjanya ke Rumah Anau dekat sini pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan projek-projek tersebut sambil menyifatkan kepimpinan Premier Sarawak sebagai contoh pemimpin yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

“Kita amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak, khususnya kepada Premier Sarawak kerana sentiasa menyalurkan dana pembangunan untuk rakyat. Sokongan kita terhadap beliau adalah tanda penghargaan atas usaha berterusan ini,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kampung Taba Sait bersiap sambut Program Santunan Desa KEMAS
Next: APM Saratok perkukuh disiplin anggota melalui latihan, pertandingan kawad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.