Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kampung Taba Sait bersiap sambut Program Santunan Desa KEMAS
  • Selatan
  • WILAYAH

Kampung Taba Sait bersiap sambut Program Santunan Desa KEMAS

Utusan Sarawak 13 hours ago
SEKITAR suasana Kampung Taba Sait, Padawan semakin meriah dengan persiapan akhir menjelang Program Santunan Desa KEMAS yang bakal berlangsung bermula esok. – FOTO Jabatan KEMAS Sarawak

PADAWAN: Kampung Taba Sait di Padawan kini dipenuhi suasana keceriaan apabila persiapan rapi giat dijalankan menjelang Program Santunan Desa KEMAS yang bakal bermula esok.

Seawal pagi tadi, aktiviti gotong-royong di bawah program Aktiviti Desa Cerdas dilaksanakan melibatkan anggota KEMAS bersama penduduk tempatan bagi membersihkan kawasan, menghias dewan, padang bola sepak dan menyiapkan tapak pameran.

Pada sebelah petang, Program Eksplorasi Belia diteruskan dengan pemasangan Jalur Gemilang dan Bendera Ibu Pertiwi di lokasi strategik sekitar kampung.

Usaha ini bukan sahaja mencantikkan persekitaran, malah membangkitkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada hujung bulan ini.

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung esok termasuk pameran agensi kerajaan dan NGO, jualan produk usahawan desa di bawah Program Wanita Inspirasiku (WINS), demonstrasi masakan, program ziarah Jom Masuk Kampung serta pertandingan kraftangan dan masakan.

Sesi ceramah sinergi dan motivasi keusahawanan turut dijadualkan pada sebelah petang, manakala acara kemuncak malam akan menampilkan Program Rewang Sekampung, makan malam dan Malam Sekalung Budi, lengkap dengan pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Padawan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program yang akan berlangsung di Kampung Taba Sait (Bengoh Resettlement Scheme).

Penganjuran ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti setempat, sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi desa.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Pembangunan Komuniti meriah di Pasar Sabu
Next: Rumah Anau Entebu Atas bakal nikmati kemudahan infrastruktur baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.