Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak teroka peluang pelaburan penerbangan, aeroangkasa bersama Jepun
  • BISNES

Sarawak teroka peluang pelaburan penerbangan, aeroangkasa bersama Jepun

Utusan Sarawak 14 hours ago
PELABURAN…..Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi negeri mengadakan pertemuan bersama Bahagian Penerbangan Awam, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun (MLIT) di pejabat kementerian itu di Tokyo, semalam. Foto UKAS

TOKYO: Sarawak meneroka peluang pelaburan strategik bersama Jepun dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa dengan penekanan kepada penubuhan hab Penyelenggaraan, Pembaikan dan Operasi (MRO) bertaraf dunia di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi negeri mengadakan pertemuan bersama Bahagian Penerbangan Awam, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun (MLIT) di pejabat kementerian itu di Tokyo, semalam waktu tempatan.

Pertemuan tersebut turut melibatkan eksekutif kanan daripada Airport Facilities Co. Ltd., Airport Facilities Asia Pte Ltd and JALUX Incorporated bagi membincangkan potensi kerjasama dan pelaburan dalam industri penerbangan Sarawak.

Perbincangan menumpukan kepada kelebihan strategik yang dimiliki Sarawak termasuk rangkaian penerbangan yang kian berkembang, kedudukan strategik di tengah Asia Tenggara serta sokongan padu kerajaan negeri terhadap pembangunan industri bernilai tinggi.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan Sarawak untuk menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif kepada pelabur asing melalui insentif berdaya saing, pembangunan tenaga kerja mahir dan pelaburan infrastruktur strategik.

“Penglibatan ini adalah sebahagian daripada misi Sarawak yang lebih luas di Jepun untuk mengukuhkan perdagangan, pelaburan dan perkongsian teknologi merentas sektor utama sekali gus mengukuhkan peranan negeri sebagai pintu masuk dinamik ke ASEAN,” ujarnya.

-UKAS

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa dibuka tinggi
Next: Pendapatan pelaburan KWSP separuh pertama 2025 naik tiga peratus kepada RM38.92 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.