Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lithuania isytihar darurat akibat hujan lebat
  • GLOBAL

Lithuania isytihar darurat akibat hujan lebat

Utusan Sarawak 19 hours ago

MOSCOW:  Kerajaan Lithuania mengisytiharkan darurat di seluruh negara susulan hujan lebat yang memusnahkan antara 50 hingga 70 peratus hasil tanaman, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kerajaan memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara akibat fenomena semula jadi…,” menurut kenyataan kerajaan pada Rabu.

Kenyataan itu menyebut bahawa selepas darurat diisytiharkan, para petani boleh memohon pampasan bagi kerugian yang dialami.

“Disebabkan hujan lebat, sebahagian hasil pertanian telah musnah, manakala kualiti tanaman yang tinggal semakin merosot.

“Tempoh hujan berpanjangan telah merosakkan atau memusnahkan 50 hingga 70 peratus hasil tanaman.

“Di kebanyakan kawasan, petani tidak dapat menuai hasil di ladang yang dilanda banjir kerana tidak dapat diakses,” menurut kerajaan.

Menteri Pertanian Lithuania dilantik untuk mengetuai operasi tindak balas kecemasan.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Rusia sekat panggilan WhatsApp dan Telegram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.