
BINTANGOR: Seramai 21 murid, 30 guru dan 12 ibu bapa dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Selidap telah menyertai satu program ceramah keselamatan kebakaran yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut dilaksanakan bermula 8.30 pagi, semalam.
“Seramai 63 peserta menyertai progam ceramah keselamatan kebakaran ini.
“Dua orang anggota bomba ditugaskan mengendalikan program,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, demonstrasi alat pemadam api turut dijalankan semasa program tersebut.
“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
“Program selesai sepenuhnya pada 1.08 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek