Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amaran ribut petir di lapan negeri hingga 1 pagi ini – MetMalaysia
  • NASIONAL

Amaran ribut petir di lapan negeri hingga 1 pagi ini – MetMalaysia

Utusan Sarawak 1 day ago
Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di lapan negeri sehingga 1.00 pagi Rabu.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri berkenaan ialah Kelantan yang melibatkan kawasan Gua Musang dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Keadaan cuaca sama dijangka turut melanda kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan di Pahang; daerah Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; seluruh Melaka; dan di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah (Tanjung Manis), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri); manakala Sabah di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids bermula lewat malam ini – MYSA
Next: Terkini – Isu Zara Qairina: Pengetua, PK HEM, semua warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di JPN Sabah – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.