Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berjadual di Serian 14-16 Ogos ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berjadual di Serian 14-16 Ogos ini

Utusan Sarawak 2 days ago
Notis gangguan bekaln air di kawasan Serian.

SERIAN: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak memaklumkan gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di seluruh kawasan Bahagian Serian bermula 2.00 petang, Khamis ini (14 Ogos) hingga 2.00 petang, Sabtu (16 Ogos).

Gangguan tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan di muka sauk Loji Rawatan Air Slabi oleh kontraktor yang dilantik. 

Sepanjang tempoh tersebut, loji beroperasi pada kapasiti minimum sekali gus menjejaskan bekalan air ke kawasan terlibat.

Untuk makluman, Loji Rawatan Air Slabi hanya akan beroperasi pada kadar 80 peratus, oleh yang demikian, terdapat kawasan yang akan mendapat gangguan bekalan air untuk tempoh 2 hari.

JBALB menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan dan memberi jaminan bekalan akan pulih secara berperingkat selepas kerja siap. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian pusat panggilan JBALB di 082-262211 atau Careline JBALB Serian di 016-2431566.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Michael Kong urges MBKS to ensure proper drain cleaning and waste disposal
Next: Ketua Pemuda PRS Dudong sokong Christopher Gira tanding jawatan Ketua Pemuda PRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.