Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Craig David bakal ubati rindu peminat negara ini 10 Nov ini
  • NASIONAL

Craig David bakal ubati rindu peminat negara ini 10 Nov ini

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Setelah lebih sedekad tidak membuat kemunculan di Malaysia, Raja R&B dan UK Garage Craig David bakal mengubati kerinduan peminat tempatan menerusi konsert eksklusif ‘Craig David Presents TS5: Live in Kuala Lumpur’ pada 10 November depan.

Konsert penyanyi legenda dari United Kingdom (UK) itu bakal berlangsung di Mega Star Arena di sini, khusus buat para peminat yang mengikuti perjalanan seninya sejak awal milenium.

Penganjurnya, T-Rex Studio dalam satu kenyataan memaklumkan konsert tersebut bakal menyaksikan penampilan konsep istimewa TS5, gabungan persembahan vokal langsung dan set DJ yang telah menjadikan David sebagai fenomena global sejak diperkenalkan pada 2012. 

“TS5 yang bermula sebagai siaran radio dari apartmennya di Miami, kini telah menjelajah ke pentas-pentas berprestij di seluruh dunia seperti Ibiza, Dubai, London dan Tokyo. Kini buat kali pertama akan menemui peminat di Malaysia.

“Penonton boleh menjangkakan sebuah malam penuh tenaga dan dinamik, dengan rangkaian lagu hit Craig David yang merentasi lebih dua dekad seperti Fill Me In, 7 Days, Walking Away, What’s Your Flava dan When The Bassline Drops,” menurut kenyataan itu.

Lebih istimewa, kehadiran David di negara ini juga bertepatan dengan pelancaran album studionya yang kesembilan berjudul Commitment dilancarkan pada 8 Ogos lepas.

David mula meraih perhatian dunia melalui kolaborasinya bersama-sama Artful Dodger menerusi Re-Rewind, sebelum ‘meletup’ dengan single solo pertamanya Fill Me In sekali gus menjadikan beliau artis solo lelaki termuda yang pernah mencapai tangga pertama carta UK.

“Album debut Born To Do It (2000) terjual lebih tujuh juta unit di seluruh dunia, telah diiktiraf oleh MTV dan The Guardian sebagai satu daripada album terbaik sepanjang zaman. Sepanjang kerjaya, Craig David telah mencatat lebih 13 juta jualan album, menerima pelbagai anugerah berprestij seperti tiga Ivor Novello Awards, dua MTV Europe Music Awards dan 14 pencalonan BRIT Awards. 

“Pada 2021, beliau turut dikurniakan gelaran MBE oleh Ratu Elizabeth II atas sumbangannya dalam bidang muzik dan kebajikan.”

Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga bermula RM288 hingga RM1,888 di myticketempire.com bermula hari ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: RM8.4 juta diperuntuk bagi perolehan lencana Jalur Gemilang – KPM
Next: KPDN lakukan survei dapatkan maklum balas Program Jualan Rahmah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.