Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kanak-Kanak hidap penyakit crohn terima perhatian Michael Tiang
  • Tengah
  • WILAYAH

Kanak-Kanak hidap penyakit crohn terima perhatian Michael Tiang

Utusan Sarawak 3 days ago
SUMBANGAN… Datuk Michael Tiang Ming Tee (lima kanan) menyampaikan sumbangan kepada Yip untuk meringankan bebannya dalam mendapatkan rawatan.

SIBU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menghidap penyakit jarang berlaku, penyakit crohn, menerima perhatian daripada Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Kanak-kanak tersebut, Yip, disahkan menghidap penyakit radang usus kronik itu pada April lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sibu akibat cirit-birit berterusan sebelum dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di Semenanjung Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

Kini, Yip memerlukan rawatan susulan dan suntikan berkala selain susu formula khas bagi memenuhi keperluan nutrisi hariannya.

Prihatin dengan nasib yang menimpa Yip, Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan bersama Kapitan So Teck Kee mengunjungi keluarga tersebut bagi menyampaikan bantuan serta membantu menguruskan permohonan bantuan kebajikan bagi meringankan beban mereka.

Tiang berkata, pihaknya akan memantau perkembangan rawatan Yip dan berharap kesihatannya bertambah baik dengan rawatan berterusan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Edward Subeng dinobat tokoh Hawana SJA 2025
Next: Projek naik taraf sistem perparitan Kampung Sindang mula dilaksana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.