Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat warga Myanmar ditemukan separuh badan, dipercayai gigitan buaya
  • KEMALANGAN

Mayat warga Myanmar ditemukan separuh badan, dipercayai gigitan buaya

Utusan Sarawak 14 hours ago
MAYAT mangsa warganegara Myanmar telah ditemui oleh penduduk Kampung Kupang dekat Sungai Lubok Petan, tengah hari tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Misteri kehilangan seorang kru kapal warga Myanmar yang terjatuh ke dalam Sungai Krian sejak Jumaat lalu berakhir dengan penemuan jasadnya oleh penduduk di Sungai Lubok Petan dekat Kampung Kupang, tengah hari tadi.

Mangsa, Thu Htoo Aung, 20, yang merupakan kru Moi Soon 2, ditemui dalam keadaan tragis, hanya separuh badan dari paras pusat ke bawah, dipercayai akibat gigitan haiwan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pada 12.23 tengah hari, Komander Operasi menerima maklumat daripada penduduk kampung mengenai penemuan mayat terapung di Sungai Lubuk Petan.

Pasukan Bomba dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi menggunakan bot penyelamat dan tiba sekitar 12.35 tengah hari. Jasad mangsa kemudian dibawa ke jeti berhampiran untuk proses pengecaman.

FOTO PGO Bomba Sarawak.

Pihak polis mengesahkan identiti mangsa pada 1.30 petang sebelum jasadnya diserahkan untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat hari ini secara rasmi ditamatkan pada 1.40 petang.

Terdahulu, seorang kru kapal warganegara Myanmar dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Krian berhampiran Wharf Batu Pekan Saratok dalam satu insiden jatuh kapal yang berlaku sekitar 9.30 pagi, Jumaat lalu.

Ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas kapal. Menurut rakan sekerja, mangsa tidak timbul ke permukaan sejurus jatuh dan gagal dikesan meskipun usaha awal dilakukan oleh kru kapal lain.

Mangsa dikenali sebagai Thu Htoo Aung, 20 tahun, dilaporkan merupakan kru kapal Moi Soon 2 yang ketika kejadian sedang berlabuh di lokasi tersebut. Beliau dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan tidak timbul ke permukaan.

Mangsa dilaporkan hanya memakai seluar panjang berwarna coklat dan kasut getah pendek, serta tidak memakai baju ketika kejadian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki ditemui meninggal dunia di Sibu, polis cari waris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.