Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular ‘tumpang lalu’ di tingkap rumah, Bomba Bintangor ambil tindakan segera
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular ‘tumpang lalu’ di tingkap rumah, Bomba Bintangor ambil tindakan segera

Utusan Sarawak 1 day ago
DITANGKAP…. Ular berjaya ditangkap oleh anggota bomba menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Kehadiran seekor ular di tingkap sebuah rumah di Jalan Bakong mencetuskan detik cemas kepada penghuni rumah berkenaan, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 3.05 petang, semalam.

“Seramai tiga anggota bomba dikerahkan ke lokasi dan tiba lima minit kemudian untuk melakukan operasi menangkap ular tersebut. 

“Setibanya di lokasi, penghuni rumah memaklumkan ular berada di tingkap,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 28 minit. 

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 3.38 petang,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jawatankuasa PAC lawat tapak Projek Pembangunan Industri Beras Bario
Next: 144 warga SK Sungai Mador sertai ceramah keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.