Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tun Wan Junaidi luang masa makan malam bersama keluarga di Restoran The Tai Tai
  • WILAYAH

Tun Wan Junaidi luang masa makan malam bersama keluarga di Restoran The Tai Tai

Utusan Sarawak 2 days ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah makan malam bersama keluarga di The Tai Tai Restaurant, Jalan Tabuan malam tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi makan malam bersama keluarga di Restoran The Tai Tai, Jalan Tabuan malam tadi.

Kehadiran Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah ditemani bersama anak-anak termasuklah Sharifah Fariah, Sharifah Nong Jasima bersama suaminya, Hakeem, Sharifah Nuril Barieyah, Tasneem serta cucu Athena dan Feona.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan sekeluarga disambut mesra oleh pemilik restoran, Chef Michelle Zarah bersama kakitangan yang lain.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah makan malam bersama keluarga di The Tai Tai Restaurant, Jalan Tabuan malam tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

The Tai Tai Restaurant merupakan restoran yang menyajikan gabungan hidangan Barat, Asia, Eropah dan tempatan seperti bouillabaisse, chicken cordon bleu, soup, ribeye steak, dan pencuci mulut seperti crème brûlée.

Restoran ini terkenal keunikan seni bina asal yang bercirikan rumah kolonial era Rajah Brooke yang telah dibaik pulih, dihiasi dengan warisan antik dan moden serta sentuhan cozy yang memikat mata yang menghadirkan suasana tenang ketika menikmati makan malam.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan kepada The Tai Tai Restaurant atas layanan mesra dan hidangan sedap serta menyelerakan.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah juga merakamkan gambar kenangan bersama Chef Michelle dan pelanggan restoran sebelum berangkat pulang.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM67 bilion bukti komitmen kerajaan terhadap masa depan pendidikan
Next: SAR hari kedua, kru kapal hilang masih belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.