Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Texas kenal pasti 119 mangsa banjir kilat 4 Julai
  • GLOBAL

Texas kenal pasti 119 mangsa banjir kilat 4 Julai

Utusan Sarawak 2 days ago

HOUSTON: Pihak berkuasa Texas pada Jumaat mendedahkan nama 117 orang yang terkorban dan dua lagi yang masih hilang susulan banjir kilat di Texas pada 4 Julai, lapor Xinhua.

Mangsa berusia satu tahun hingga 91 tahun, menurut laporan media tempatan.

“Nama-nama ini bukan asing kepada komuniti kita; mereka adalah keluarga, rakan dan jiran kita dan mereka akan kekal terukir di hati kita,” kata pihak berkuasa Kerrville di Kerr County, iaitu kawasan paling teruk terjejas dalam satu kenyataan.

Dua penduduk Texas masih hilang, iaitu Jeffrey Ramsey, 63, dari Lewisville dan Cecilia Steward, 8, dari Austin. 

Pada awal pagi 4 Julai, hujan lebat mencetuskan banjir kilat di sepanjang Sungai Guadalupe di Texas, menghanyutkan penduduk tempatan, pelawat dan peserta perkhemahan musim panas.

Banjir kilat di sekurang-kurangnya 20 daerah di Texas menyebabkan kerosakan dan kerugian ekonomi dianggarkan antara AS$18 bilion hingga AS$22 bilion, menurut anggaran awal perkhidmatan ramalan cuaca AS, AccuWeather, bulan lalu.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jim Lovell, komander Apollo 13, meniggal dunia pada usia 97 tahun
Next: Empat angkasawan tiga negara selamat kembali ke Bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.