Kempen derma darah Sri Minyak di Stadium Tertutup Sibu, 16 Ogos

Facebook
WhatsApp
POSTER…Notis kempen derma darah di Stadium Tertutup Sibu pada 16 Ogos ini.

SIBU: Orang ramai dijemput hadir menderma darah pada kempen derma darah anjuran Sri Minyak di Stadium Tertutup Sibu di sini pada 16 Ogos ini.

Kempen dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu itu dijadualkan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Objektif penganjuran kempen adalah sebagai usaha membantu pihak Bank Darah mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai program itu, orang ramai boleh menghubungi Catherine menerusi talian 011-18565866.

Oleh Tarani Lanting