Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 25 TERBUNUH,pergaduhan etnik
  • GLOBAL

25 TERBUNUH,pergaduhan etnik

Utusan Sarawak 5 years ago
RUSUHAN…Penunjuk perasaan berdemonstrasi di Khartoum sebagai solidariti menuntut kerajaan mempertingkatkan kawalan keselamatan di wilayah Darfur.• Foto AFP

KHARTOUM: Seramai 25 orang terbunuh dan 87 yang lain cedera di Sudan dalam beberapa hari pertempuran antara kumpulan etnik yang bermusuh di Pelabuhan Sudan, kata sumber perubatan kepada AFP semalam.

Sebilangan besar mangsa ditembak, manakala sebahagian mengalami luka akibat terkena pisau, kata sumber itu.

Keganasan meletus di bandar Laut Merah pada petang Ahad, lapor agensi berita SUNA, memetik kenyataan pegawai perubatan yang merawat mereka yang cedera.

Polis telah menghantar bantuan untuk menguatkan kawalan dan mengenakan perintah berkurung pada waktu malam, tambahnya.

Pergaduhan berlanjutan untuk hari ketiga berturut-turut, walaupun kehadiran pegawai keselamatan meningkat, kata saksi semalam.

Pertempuran bermula apabila orang dari suku Nuba, yang telah berdemonstrasi menentang seorang gabenor baharu, memasuki sebuah daerah suku Beni Amer, kata saksi.

Terdapat permusuhan panjang antara kumpulan.

Nuba berasal dari wilayah Kordofan Selatan, sebuah daerah yang mengalami perang saudara selama beberapa dekad. Orang Beni Amer berasal dari timur Sudan. – AFP

Continue Reading

Previous: Pertempuran bersenjata di Mogadishu ragut 11 nyawa
Next: BANJIR RAGUT 172 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.