Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump desak CEO Intel kelahiran Malaysia letak jawatan serta merta
  • GLOBAL

Trump desak CEO Intel kelahiran Malaysia letak jawatan serta merta

Utusan Sarawak 13 hours ago
LIP-Bu Tan mengambil alih kepimpinan Intel pada Mac lalu.

WASHINGTON: Presiden Donald Trump hari ini menuntut agar Ketua Pegawai Eksekutif (CE) baharu syarikat cip Amerika Syarikat (AS), Intel meletakkan jawatan ‘serta-merta’, selepas seorang Senator Republikan membangkitkan kebimbangan keselamatan negara berhubung kaitannya dengan syarikat-syarikat di China.

“CEO INTEL sangat MEMPUNYAI KONFLIK dan mesti meletakkan jawatan serta-merta. Tiada penyelesaian lain untuk masalah ini,” kata Trump di platform Truth Social miliknya, sehari selepas Senator Tom Cotton berkata beliau telah menulis surat kepada Intel untuk mempersoalkan hubungan antara CEO, Lip-Bu Tan dan syarikat-syarikat China.

Tan dilaporkan mengawal puluhan syarikat China dan mempunyai kepentingan dalam ratusan syarikat pembuatan maju serta cip China.

Sekurang-kurangnya lapan daripada syarikat ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China,” tulis Cotton dalam suratnya, salinan yang turut disiarkan di laman webnya.

Cotton juga menyebut peranan Tan sebagai bekas ketua Cadence Design Systems, yang menurutnya baru-baru ini ‘mengaku bersalah kerana menjual produk secara haram kepada sebuah universiti tentera China dan memindahkan teknologi kepada sebuah syarikat semikonduktor China yang berkaitan tanpa mendapatkan lesen’.

Tan merupakan ketua syarikat itu pada masa kejadian, kata Cotton.

Veteran industri teknologi kelahiran Malaysia itu mengambil alih kepimpinan Intel yang sedang bergelut pada bulan Mac, dan mengumumkan pemberhentian pekerja ketika tarif dan sekatan eksport oleh Rumah Putih mengganggu pasaran.

Beliau telah menyatakan bahawa ‘ia tidak akan mudah’ untuk mengatasi cabaran yang dihadapi syarikat itu.

Intel merupakan salah satu syarikat paling ikonik di Silicon Valley, tetapi kedudukannya telah diatasi oleh kuasa-kuasa besar Asia seperti TSMC dan Samsung, yang mebnguasai perniagaan semikonduktor buatan mengikut tempahan.

Syarikat itu juga dikejutkan dengan kemunculan Nvidia sebagai pembekal cip kecerdasan buatan (AI) utama dunia.

Kepakaran Intel adalah dalam cip yang digunakan untuk proses pengkomputeran tradisi onal, tetapi ia semakin dibayangi oleh revolusi AI.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sultan Ibrahim berangkat ke Pusat Pembangunan Automotif Rusia
Next: Enam maut, pesawat terhempas di Kenya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.