Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wartawan AS ditemukan selamat selepas hilang selama seminggu di Norway
  • GLOBAL

Wartawan AS ditemukan selamat selepas hilang selama seminggu di Norway

Utusan Sarawak 23 hours ago

COPENHAGEN: Wartawan Amerika Syarikat (AS) Alec Luhn ditemukan masih hidup hampir seminggu selepas dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian solo di taman negara di barat daya Norway, menurut media AS pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Isteri Luhn, Veronika Silchenko, sebelum ini memuat naik satu hantaran di Facebook menyatakan yang suaminya kali terakhir dilihat pada 31 Julai di bandar Odda semasa melakukan perjalanan untuk meneroka glasier Folgefonna di Norway.

Pencarian melibatkan Palang Merah Norway, sukarelawan, anjing pengesan dan helikopter dijalankan, katanya.

Penyiar AS, CBS News, melaporkan yang keluarga Luhn menghubungi polis selepas beliau tidak muncul untuk penerbangan pulangnya ke United Kingdom pada malam Isnin.

CBS turut memetik Silchenko yang berkata Luhn mengalami kecederaan di kaki tetapi berada dalam keadaan baik. “Saya rasa ini satu keajaiban. Saya amat bersyukur kepada semua yang terlibat dalam operasi menyelamat,” kata Silchenko kepada CBS. “Ini adalah hari paling bahagia dalam hidup saya.”

Pada Rabu, Palang Merah Norway memuat naik hantaran di platform X memaklumkan seorang individu yang hilang sejak malam Isnin ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran glasier Folgefonna.

“Kru helikopter menemukan mangsa dan kini dibawa untuk rawatan perubatan,” menurut organisasi itu tanpa menamakan individu berkenaan.

Menurut Palang Merah,  operasi pencarian bermula lewat malam Isnin dan keadaan cuaca buruk serta hujan lebat menyukarkan usaha mencari.

Luhn yang berpangkalan di London dilahirkan di Wisconsin, menurut CBS. Beliau pernah membuat liputan untuk beberapa media antarabangsa termasuk The Atlantic, The Telegraph dan The New York Times.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Gempa bumi berukuran 5.4 magnitud landa perairan timur Taiwan
Next: Sultan Ibrahim berangkat ke Pusat Pembangunan Automotif Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.