Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan sedang pertimbang naikkan cukai tembakau – PM Anwar
  • NASIONAL

Kerajaan sedang pertimbang naikkan cukai tembakau – PM Anwar

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penutup pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA:  Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata langkah itu juga berikutan wujudnya moratorium atau tiada sebarang semakan semula kenaikan cukai tembakau bagi satu tempoh yang lama.

Pada masa ini, cukai tembakau Malaysia berjumlah 58.60 peratus daripada harga runcit, malah Malaysia juga tidak mempunyai sebarang mekanisme rasmi bagi pelarasan harga secara bertempoh atau penilaian semula kadar itu yang kali terakhir dinaikkan pada September 2014.

“Saya setuju dengan (kekuatan) semangat (untuk sentiasa sihat). Bukan kerana saya tidak merokok, tetapi juga kerana adanya kempen anti-merokok,” kata beliau ketika ditanya mengenai kemungkinan kerajaan mengkaji semula cukai itu dalam Belanjawan 2026 yang dijadual dibentangkan pada Oktober depan.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus Belanjawan 2026 di sini, hari ini.

Sebelum ini, ahli ekonomi dilaporkan mencadangkan agar kadar cukai tembakau dinaikan kepada 60 hingga 75 peratus.

Pada minggu lepas, ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Anwar berkata kerajaan akan memperluaskan cukai prokesihatan daripada gula kepada turut merangkumi tembakau, rokok elektronik atau vape dan alkohol.

Beliau berkata langkah memperluas kerangka cukai itu bukan hanya bertujuan menambah hasil cukai, tetapi juga bagi menggalakkan perubahan sikap dan membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Masalah NCD itu lazimnya dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat, termasuk penyakit jantung, strok, diabetes dan kanser.

Anwar turut menegaskan penjagaan kesihatan kekal menjadi keutamaan kerajaan berikutan keadaan sistem awam yang kian tertekan akibat inflasi perubatan, beban berganda penyakit berjangkit serta tidak berjangkit selain faktor populasi yang semakin menua.– Bernama

Continue Reading

Previous: Penyediaan kerangka strategik dan pelan tindakan penjagaan kini di fasa akhir – Nancy
Next: Dokumen tambahan: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Ogos umum keputusan rayuan AG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.