



ROBOT humanoid bersaing untuk mendapatkan bola semasa perlawanan bola sepak pameran menjelang Pertandingan Robot Humanoid Dunia di Beijing pada 4 Ogos 2025 lalu. Beijing akan menjadi tuan rumah Permainan Robot Humanoid Dunia dari 15 hingga 17 Ogos. Foto AFP
BEIJING: Sukan Robot Humanoid Dunia pertama akan berlangsung di Beijing pada 14 hingga 17 Ogos 2025, menandakan lembaran baharu dalam dunia teknologi dan sukan antarabangsa.
Sukan berprestij itu dianjurkan bersama kerajaan bandar Beijing dan Kumpulan Media China (CMG), dan akan diadakan di Stadium Luncur Pecut Nasional Beijing, yang lebih dikenali sebagai ‘Reben Ais’.
Tiket bagi upacara perasmian sukan itu khususnya pakej keluarga dilaporkan laris dijual.
Lebih 100 pasukan dari seluruh dunia dijangka menyertai sukan robot humanoid pertama di dunia itu.
Ketika ini, kebanyakan pasukan telah tiba di Beijing dan sedang menjalani sesi ujian di venue pertandingan.– Bernama-CMG