Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ketua JKKK diingatkan tuntut elaun mesyuarat
  • Utara
  • WILAYAH

Ketua JKKK diingatkan tuntut elaun mesyuarat

Utusan Sarawak 19 hours ago
PEGAWAI Daerah Subis Norlila Ulis ketika berucap pada majlis Penyerahan MRP DUN Bekenu oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus di Dewan SJK Chung Hua Sibuti hari ini.

BEKENU: Ketua Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) diingatkan bahawa mereka berhak menuntut Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Kehadiran Mesyuarat yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Sarawak.

Tuntutan ini boleh dibuat di Pejabat Daerah dengan mengemukakan dokumen lengkap sebagai bukti.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, langkah ini bertujuan memastikan kelancaran pentadbiran dan memberi penghargaan kepada ahli JKKK atas komitmen mereka dalam menjalankan tugas mesyuarat yang penting bagi kemajuan kampung masing-masing.

“Profil kampung perlu tepat dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebelum diserahkan kepada Pejabat Daerah bagi memastikan maklumat kampung sentiasa betul dan terkini.

“Data profil kampung dan rumah panjang sangat penting untuk memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan, khususnya ketika berlakunya bencana serta pelaksanaan program, aktiviti atau perancangan pembangunan di sesuatu kawasan.

“Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) yang bertindak selaku penghubung antara rakyat dan kerajaan perlu peka dengan isu semasa,sebarang isu hendaklah disalurkan ke saluran yang betul untuk bantuan dan sebagainya supaya isu ini dapat diselesaikan segera oleh agensi yang terlibat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan MRP Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu di Dewan SJK Chung Hua Sibuti di sini.

Tambahnya, penglibatan KMKK dalam program khasnya program kerajaan hendaklah diberi perhatian supaya tidak terlepas dengan maklumat penting atau bantuan daripada kerajaan utk dikongsikan dengan penduduk yang ditadbirnya.

“Jika terdapat projek khasnya daripada kerajaan di kampung masing-masing, KMKK hendaklah membantu agensi pelaksana memantau dan memudahkan urusan agensi pelaksana bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Sehubungan itu, ketua kampung hendaklah memastikan Sijil Pendaftaran JKKK masih sah tempoh dan hendaklah mendaftar semula sijil Pendaftaran JKKK di Pejabat Daerah sekiranya tamat tempoh selepas dua tahun.

“Ini bagi memudahkan permohonan pengurusan projek yang melibatkan kaedah gotong-royong oleh JKKK dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan segera,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis, berkata Ketua Kaum hendaklah memastikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) diadakan sekurang-kurangnya enam kali setahun bagi memastikan urus tadbir yang cekap dan berkesan demi kemajuan serta pembangunan kampung di bawah kepimpinannya.

Katanya, elakkan melantik penandatangan buku akaun dalam kalangan ahli keluarga bagi mengelakkan ketirisan atau penyalahgunaan peruntukan.

“Perkara ini juga menimbulkan kecurigaan dalam kalangan penduduk walaupun tiada niat ke arah itu,” tegas beliau ketika berucap pada Majlis Penyerahan MRP Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu di

Dewan SJK Chung Hua Sibuti di sini.

Katanya, JKKK boleh menuntut Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Kehadiran Mesyuarat yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak di Pejabat Daerah dengan menyediakan dokumen yang lengkap.

Datuk Rosey Yunus turut menyerahkan MRP DUN Bekenu.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berjadual di Subis, Miri
Next: Tiga projek perumahan ‘sakit’ di Kuching siap sepenuhnya, pembeli rumah lega

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.