Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tanah runtuh landa belakang Rumah Panjang Jelukong di Lubok Antu
  • KEMALANGAN

Tanah runtuh landa belakang Rumah Panjang Jelukong di Lubok Antu

Utusan Sarawak 8 hours ago

KEJADIAN tanah runtuh berlaku di kawasan belakang Rumah Panjang Jelukong, di sini petang tadi. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan belakang Rumah Panjang Jelukong, di sini, petang tadi susulan hujan lebat yang berlarutan sejak pagi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lubok Antu menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu sekitar 5.10 petang.

Susulan makluman tersebut, tiga anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu telah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemantauan.

Pegawai APM Daerah, Leftenan Desem Samuel berkata, setibanya pasukan di lokasi, didapati tanah runtuh benar berlaku di bahagian belakang rumah panjang berkenaan.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sepanjang hari ini. Tanah runtuh di kawasan ini bukanlah kejadian pertama, malah ia pernah dilaporkan berlaku beberapa kali sebelum ini, khususnya ketika musim hujan,” katanya.

Menurut beliau, runtuhan kali ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan serius, namun keadaan berisiko tinggi sekiranya hujan lebat terus melanda.

Sebagai langkah keselamatan, Desem berkata pita amaran telah dipasang di kawasan terjejas bagi memberi peringatan kepada penduduk agar sentiasa berhati-hati serta peka terhadap sebarang perubahan di persekitaran.

“Keadaan kini masih terkawal, namun pihak kami akan terus memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin,” tambahnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat tanda-tanda awal tanah runtuh atau pergerakan tanah di kawasan sekitar.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh ke dalam sistem pembetungan di Sibu
Next: Kejadian tanah susur berhampiran rumah panjang di Kampung Stuga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.