Pertempuran bersenjata di Mogadishu ragut 11 nyawa

Facebook
WhatsApp
MANGSA DIUSUNG… Seorang mangsa sedang diusung oleh sekumpulan penduduk yang mana 11 orang termasuk anggota pasukan keselamatan dan kumpulan al-Shabaab terbunuh dalam pertempuran bersenjata dipenjara di Mogadishu pada Isnin.

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk anggota pasukan keselamatan dan kumpulan al-Shabaab terbunuh, sementara beberapa yang lain cedera dalam pertempuran bersenjata di penjara di Mogadishu pada Isnin, kata pegawai kepada Agensi Anadolu. 

Pertempuran tercetus apabila tahanan Al-Shabaab secara sembunyi mendapat bekalan senjata api.

Pasukan keselamatan membunuh enam tahanan al-Shabaab yang terlibat dalam kejadian itu, kata jurucakap kerajaan Somalia, Ismail Mukhtar Oronjo.

“Pertempuran di penjara di Mogadishu petang ini meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa – termasuk pasukan keselamatan dan enam militan al-Shabaab yang telah disabitkan atas pelbagai kesalahan jenayah – dan mencederakan beberapa orang lain,” kata Oronjo.

Situasi kini terkawal, katanya.

Tambahnya, beliau tidak tahu bagaimana tahanan al-Shabaab boleh menerima bekalan senjata itu, siasatan mengenai perkara berkenaan sedang dilakukan. – Bernama