Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerjasama rakyat dan kerajaan stabil kunci pembangunan mampan di Krian
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerjasama rakyat dan kerajaan stabil kunci pembangunan mampan di Krian

Utusan Sarawak 1 day ago
FRIDAY Belik hadir pada Program Santai bersama penduduk dan menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Sejati Madani di Rumah Gending, Emplaie Ulu, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

KRIAN: Kerjasama erat serta sokongan padu daripada rakyat di kawasan Krian amat penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Komitmen berterusan daripada semua pihak akan membantu mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang, demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menegaskan bahawa hanya melalui kerajaan yang stabil seperti pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini, kemajuan dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai dalam jangka masa panjang.

“Kestabilan politik memberi ruang kepada kerajaan untuk merancang dan melaksanakan pembangunan dengan tersusun, sekali gus menjamin keharmonian serta kualiti hidup rakyat,” katanya ketika berucap pada Program Santai bersama penduduk di Rumah Gending, Emplaie Ulu, di sini, semalam.

Beliau turut menyempurnakan majlis perasmian Projek Sejati Madani di rumah panjang berkenaan, yang menjadi simbol komitmen kerajaan terhadap pembangunan luar bandar yang inklusif dan berasaskan keperluan rakyat.

Friday berkata penduduk luar bandar tidak pernah dipinggirkan, malah sentiasa diberi keutamaan dalam perancangan pembangunan negeri di bawah teras kepimpinan GPS yang prihatin dan berpandangan jauh.

“Pembangunan bukan hanya tentang infrastruktur, tetapi juga melibatkan kesejahteraan sosial, pendidikan dan peluang ekonomi. Semua ini memerlukan sokongan rakyat agar usaha kerajaan membuahkan hasil,” tambahnya.

Sebagai tanda keprihatinan terhadap keperluan penduduk Rumah Gending, Friday meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 untuk kerja penggantian atap rumah panjang yang uzur.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Saratok raikan Hari Wanita Sarawak dengan semangat kebersamaan
Next: 4 lelaki terkandas akibat arus deras di Kerangan Buloh diselamatkan rakan sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.