Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Doktor Rusia dibenar guna AI semasa rundingan jarak jauh mulai 1 September
  • GLOBAL

Doktor Rusia dibenar guna AI semasa rundingan jarak jauh mulai 1 September

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

MOSCOW: Peraturan baharu teleperubatan akan mula dikuat kuasa di Rusia mulai 1 September, antara lain membenarkan doktor menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) semasa rundingan, menurut  Timbalan Pengerusi Pertama Jawatankuasa Kesihatan Duma, Badma Bashankayev kepada RIA Novosti.

“Peraturan baharu dalam teleperubatan yang akan dikuat kuasa mulai 1 September adalah sebahagian daripada evolusi dalam pembangunan bidang ini. 

“Kami mengekalkan prinsip utama iaitu pertama pemeriksaan secara bersemuka, kemudian sokongan jarak jauh. Pada masa yang sama, kami memberikan lebih banyak instrumen kepada doktor, kini mereka boleh menyelaras rawatan dan menggunakan AI jika sistem diluluskan secara rasmi,” kata Bashankayev.

Menurut ahli parlimen itu, peraturan yang dikemas kini itu memperincikan dengan jelas empat format interaksi teleperubatan iaitu rundingan jarak jauh antara doktor untuk kes kecemasan, segera dan terancang, laporan jarak jauh mengenai keputusan diagnostik, rundingan dengan pesakit dan penyusunan pemantauan kesihatan pesakit secara jarak jauh.

“Teleperubatan bukan tentang gajet dan teknologi, tetapi tentang manusia.

“Mengenai seorang pesakit di kawasan pedalaman yang boleh mendapatkan rundingan segera daripada pakar di pusat perubatan persekutuan. 

“Mengenai seorang doktor di hospital daerah yang boleh segera berunding dengan rakan sekerja — pakar dalam kes-kes sukar. 

“Dan mengenai pesakit kronik, terutamanya selepas pembedahan besar, yang boleh dipantau tanpa perlu meninggalkan rumah,” jelasnya.

Menurut Bashankayev, adalah penting agar teknologi ini tidak hanya kekal di atas kertas dan bagi merealisasikannya, hospital perlu dihubungkan, doktor dilatih dan asas teknikal dipertingkatkan.

“Sebagai sebahagian daripada kawalan parlimen, kami akan memantau agar perubahan ini benar-benar memberikan manfaat kepada pesakit. 

“Kuncinya ialah kemudahan, akses dan kualiti,” kata beliau.

-Bernama-Sputnik/ RIA Novosti

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pameran perdagangan Brunei, Sarawak perkukuh hubungan dua hala
Next: Robot temui ikan aneh di dasar Lautan Atlantik Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.