Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Sarikei 2025 tarik sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Sarikei 2025 tarik sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat

Utusan Sarawak 22 hours ago
CENDERAMATA…..Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong menyerahkan cenderamata kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

SARIKEI: Pesta Sarikei 2025 menyaksikan sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat menerusi penganjuran pelbagai acara menarik yang merangkumi elemen kebudayaan, pelancongan, keusahawanan dan sukan.

Residen Bahagian Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong berkata, pesta yang berlangsung dari 25 Julai hingga 3 Ogos itu menampilkan pelbagai pengisian utama seperti Trade Fair (Pameran Perdagangan), Sarikei Kitchen (Dapur Sarikei), Sebangkoi Glamping, Sebangkoi Rainforest Trail Run (Larian Denai Hutan Hujan Sebangkoi), Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025 serta persembahan seni dan hiburan.

“Sebanyak 203 lot gerai disediakan merangkumi produk pertanian, makanan, kraftangan, inovasi teknologi tempatan dan pelbagai lagi di pameran perdagangan.

“Manakala, Dapur Sarikei menampilkan 20 peserta di bawah Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan 12 usahawan kulinari di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera (MPUB) Sarikei yang memperkenalkan hidangan dan juadah tempatan kepada pengunjung dan pelancong.

“Di Sebangkoi Glamping, pengunjung berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi secara eksklusif melalui 25 unit penginapan glamping yang ditawarkan dalam suasana santai dan mesra alam,” katanya.

Bagi acara Larian Denai Hutan Hujan Sebangkoi, seramai 86 peserta menyertai kategori 10 kilometer (km), manakala 370 lagi mengambil bahagian dalam Fun Trail sejauh 3.5km.

“Sementara itu, Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025 menjadi antara acara paling mendapat perhatian dengan penyertaan 140 bot dalam lapan kategori,” jelasnya.

Beliau berkata, suasana pesta turut diserikan dengan persembahan seni dan hiburan yang berlangsung setiap malam sejak 25 Julai lalu, membabitkan artis serta kumpulan budaya tempatan.

“Gabungan hiburan moden dan tradisional setiap malam sepanjang Pesta Sarikei 2025 mencerminkan tema ‘Bersatu dalam Budaya, Kaya dengan Warisan’ (Unite in Culture, Rich in Heritage), yang menyatukan masyarakat pelbagai bangsa dalam satu pentas keharmonian,” katanya.

Antara acara istimewa tahun ini ialah Pertandingan Ratu Cantik Pesta Sarikei 2025, yang menyaksikan penyertaan gadis-gadis tempatan bukan sahaja berwajah menarik, malah menonjolkan kecerdasan, kepimpinan dan pemahaman mendalam mengenai budaya serta identiti Sarikei.

“Pertandingan ini bukan semata-mata meraikan keanggunan, tetapi juga menjadi platform pemerkasaan wanita muda sebagai duta budaya dan komuniti tempatan,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: RMK13 pacu pembangunan infrastruktur dan mitigasi banjir di Sibu
Next: Lelaki hilang ketika cari sayur di kawasan belukar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.