Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu terselamat dalam kemalangan kendiri di Bintangor
  • KEMALANGAN

Pemandu terselamat dalam kemalangan kendiri di Bintangor

Utusan Sarawak 21 hours ago
PANTAU… Anggota bomba memantau keadaan di lokasi kemalangan. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda mengalami detik cemas apabila terlibat dengan kemalangan kendiri pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata kemalangan tersebut berlaku di jalan simpang Pakan-Bintangor. 

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar 7.29 pagi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Haron Jenai bergegas ke lokasi,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, setibanya di lokasi kemalangan, didapati mangsa berjaya keluar sendiri dari kederaannya. 

“Tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pihak kami memandangkan mangsa telah berjaya keluar dari kenderaannya. 

“Pasukan bomba hanya memastikan keadaan di lokasi kemalangan dalam keadaan selamat dan terkawal. 

“Pemantauan di lokasi selesai sepenuhnya pada 8.04 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kereta terbabas dan terbalik di Jalan Padang
Next: Dua kenderaan terlibat kemalangan di Jalan Kampung Baru Sutong, Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.