Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terbabas dan terbalik di Jalan Padang
  • KEMALANGAN

Kereta terbabas dan terbalik di Jalan Padang

Utusan Sarawak 22 hours ago
TERBALIK… Keadaan kereta mangsa yang terbalik setelah terlibat kemalangan kendiri di Jalan Padang Miri, pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

MIRI: Seorang lelaki menghadapi detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam kemalangan di Jalan Padang di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataannya pagi tadi berkata pihaknya menerim panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 2.50 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat  Miri Sentral  digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak dua kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati mangsa terlibat kemalangan kendiri melibatkan sebuah pacuan empat roda.

“Mangsa tidak tersepit dan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum PKO tiba,”katanya.

Katanya, tiada operasi  penyelamatan dijalankan dan PKO bertindak membuat pembersihan tumpahan minyak akibat kemalangan tersebut. Operasi tamat 3.34 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua bot berkuasa tinggi bertembung lepas garisan penamat
Next: Pemandu terselamat dalam kemalangan kendiri di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.