Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua bot berkuasa tinggi bertembung lepas garisan penamat
  • KEMALANGAN

Dua bot berkuasa tinggi bertembung lepas garisan penamat

Utusan Sarawak 21 hours ago

DETIK CEMAS…. Detik cemas pelanggaran bot Raja Kerbau dari Brunei Darussalam dan Super Hero dari Tatau Sebauh. 

SARIKEI: Pelanggaran bot berkuasa tinggi telah berlaku semasa separuh akhir kategori 30 Kuasa Kuda, 2 Silinder, Kumpulan 1 di Kejohanan Perlumbaan Bot Berkuasa Tinggi Sarikei 2025 pada pagi tadi. 

Insiden mencemaskan tersebut melibatkan pelumba dari pasukan Raja Kerbau, Brunei Darussalam dan Super Hero, Tatau Sebauh. 

RESIDEN Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong 
 

Kemalangan berlaku selepas garisan penamat di Terminal Ekspres 1, selepas kedua-dua pelumba menamatkan perlumbaan bagi tempat pertama dan kedua untuk separuh akhir kategori 30 Kuasa Kuda, 2 Silinder, Kumpulan 1.

Pemandu bot yang terlibat dengan kemalangan ini dikenali pasti sebagai Rosli Sahak (Super Hero) dan Khairul AKhmal (Raja Kerbau). 

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya. 

Sementara itu, Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong ketika ditemui media mengesahkan kedua-dua pelumba tersebut mengalami cedera ringan. 

“Saya difahmkan, punca kejadian disebabkan kocakan ombak dan jarak terlalu dekat antara satu sama lain. 

“Syukur, kedua-duanya selamat. Saya amat berterima kasih kepada pihak ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei kerana mengambil tindakan segera menghantar kedua-dua pelumba untuk rawatan,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera diserang buaya ketika menjala ikan
Next: Kereta terbabas dan terbalik di Jalan Padang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.