Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Abdul Khalik, Masjuwita johan tilawah al-Quran Bahagian Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Abdul Khalik, Masjuwita johan tilawah al-Quran Bahagian Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago
RAKAM KENANGAN… Para pemenang kategori qari dan qariah bergambar kenangan bersama Abang Mohamad Porkan Abang Budiman serta barisan tetamu kehormat yang lain.

SIBU: Abdul Khalik Hasbullah dan Masjuwita Mohamad Rejeni diumumkan sebagai johan bagi kategori qari dan qariah pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sibu baru-baru ini di Masjid Darul Firdaus, Jalan Apollo.

Mohammad Zain Hasbullah meraih tempat kedua dalam kategori qari, manakala Hasnizan Hasbullah di tempat ketiga. Bagi kategori qariah pula, Zaubidah Abta menduduki tempat kedua, diikuti Haslinda Hassan di tempat ketiga.

HADIRIN… Sebahagian hadirin yang memenuhi Dewan Masjid Darul Firdaus pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sibu.

Johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah piala, wang tunai, hadiah iringan serta sijil penyertaan.

Seramai 12 peserta telah mengambil bahagian pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Sibu.

Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua pemenang telah disempurnakan oleh Pegawai Residen Sibu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.

TAHNIAH…Abang Mohamad Porkan Abang Budiman menyampaikan hadiah kepada johan bahagian qari
Abdul Khalik Hasbullah

Selain itu, penganjuran majlis ini turut bertujuan mencungkil serta mengetengahkan bakat dalam bidang tilawah dan bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul.

Ia juga menjadi medium untuk mewujudkan suasana harmoni dan ukhuwah Islamiah dalam kalangan peserta serta para hadirin.

Pada masa yang sama, majlis ini diharap dapat menjadikan al-Quran sebagai asas pembentukan akhlak dan panduan utama dalam kehidupan seharian umat Islam.

Ia dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Firdaus, Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu, JAKIM, Pejabat Residen Sibu, Jabatan Penerangan Sibu dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Masjid Darul Firdaus Junaidi Mokhtar.

Oleh Raihan Omera Kausar

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek SMK Dudong catat kemajuan melebihi jangkaan
Next: JKR serahkan kemudahan gelanggang terbuka kepada SK Batu Tellingai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.