Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Macau 2025: aksi sesama sendiri, beregu lelaki negara sahkan tempat di final
  • SUKAN

Terbuka Macau 2025: aksi sesama sendiri, beregu lelaki negara sahkan tempat di final

Utusan Sarawak 24 hours ago
GANDINGAN Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri bakal berentap sesama sendiri pada aksi separuh akhir esok.

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah mengesahkan satu slot ke final acara beregu lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Macau selepas dua wakil negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri bakal berentap sesama sendiri pada aksi separuh akhir esok.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Macao East Asian Games Dome hari ini, Wan Arif-Roy King tampil cemerlang apabila menewaskan pasangan senegara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dengan keputusan 21-12, 21-16.

Sementara itu, Hon Jian-Haikal mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan kedua kejohanan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam pertarungan sengit yang berakhir 21-14, 13-21, 22-20.

Dalam saingan beregu campuran, dua pasangan negara turut melangkah ke separuh akhir.

Pilihan utama kejohanan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan gandingan Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil 21-17, 22-20 dan bakal berdepan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Satu lagi gandingan negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing turut melakar kemenangan selepas menundukkan pasangan China, Cheng Xing-Zhang Chi 21-12, 17-21, 21-18.

Wong-Pei Jing dijadualkan menentang wakil Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah pada separuh akhir esok.

Dalam acara perseorangan lelaki, pemain muda negara Justin Hoh, meneruskan kemaraan selepas mengetepikan cabaran pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen 21-9, 21-18.

Beliau akan menentang wakil India, Tharun Mannepalli dalam perebutan tempat ke final. – Bernama

Continue Reading

Previous: Thinaah anggap ranking kedua dunia hanya sekadar angka
Next: Penjawat awam Islam perlu fahami peranan lebih besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.