Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RMK13: Perkukuh jaringan jalan raya rentas sempadan Borneo Malaysia-Indonesia
  • TEMPATAN

RMK13: Perkukuh jaringan jalan raya rentas sempadan Borneo Malaysia-Indonesia

Utusan Sarawak 1 day ago

KUCHING:  Perancangan menaik taraf jaringan jalan raya di sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan yang diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan membangunkan jaringan jalan raya berkualiti merentasi sempadan Borneo Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri telah lama mencadangkan pembinaan jalan sempadan dan menyambut baik langkah kerajaan Persekutuan yang memberi perhatian terhadap perkara itu dalam RMK13.

“Memang sudah dicadangkan awal supaya satu perancangan rapi untuk jalan sempadan diwujudkan. Premier (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) sendiri telah umumkan beberapa projek termasuk Lebuh Raya Sarawak-Sabah (SSLR 1 dan SSLR 2),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Memperingati Hari Bandaraya Kuching Ke-37 di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bersiap sedia untuk melaksanakan projekyang akan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, termasuk jajaran baharu yang sedang diperincikan.

“Projek jalan sempadan ini pernah diumumkan sebelum ini dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion… kini kita sedang teliti perancangannya dan rundingan dengan pihak di Kuala Lumpur (kerajaan Persekutuan) telahpun diadakan,” katanya.

Beliau berkata lokasi projek melibatkan beberapa kawasan strategik di sempadan dan sambungan akan dibuat dengan jaringan jalan sedia ada seperti Lebuh Raya Pan Borneo serta SSLR 1 dan SSLR 2.

Dalam pembentangan RMK13 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelaksanaan projek infrastruktur itu yang merupakan antara usaha kerajaan memperkukuh keterhubungan dan ekonomi rentas sempadan. 

Sementara itu, mengenai situasi jerebu di Sarawak, Uggah berkata kualiti udara di seluruh negeri berada pada tahap baik dan sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semalam dan pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata semua pengerusi jawatankuasa bencana di peringkat bahagian dan daerah telah diarahkan untuk menggerakkan jentera masing-masing bagi mempertingkat pemantauan serta bertindak segera jika berlaku kebakaran.

“Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak juga telah batalkan permit kebakaran terbuka kira-kira sejak dua minggu lepas,” katanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Projek Jalan Matang capai 62.2 peratus, siap awal daripada jadual
Next: Mobile registration counter for Bas.My Kuching Concession Cards at Kenyalang Park this Saturday 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.