Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Udara tidak sihat di Samarahan, elak aktiviti luar
  • TEMPATAN

Udara tidak sihat di Samarahan, elak aktiviti luar

Utusan Sarawak 1 day ago

KEADAAN jerebu di Kota Samarahan. Foto Samarahan Edition.

KOTA SAMARAHAN: Keadaan jerebu di Kota Samarahan semakin membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan paras antara sederhana hingga tidak sihat sejak awal pagi tadi.

Menurut data daripada beberapa sumber pemantauan termasuk AccuWeather, AQICN dan IQAir AirVisual, purata bacaan IPU di kawasan ini berada sekitar 76 hingga 105.

Bacaan ini menunjukkan kualiti udara yang tidak sihat terutama bagi golongan berisiko seperti pesakit asma, warga emas dan kanak-kanak.

AccuWeather melaporkan bacaan IPU sekitar 82 pada 10.00 pagi, manakala AQICN mencatatkan IPU 76 pada waktu yang sama.

Sementara itu, IQAir AirVisual mengesan bacaan IPU setinggi 105 pada 11.00 pagi, menunjukkan kepekatan PM2.5 berada pada tahap membahayakan.

Dalam masa sama, beberapa kawasan lain di Sarawak seperti Kuching, Sri Aman dan Mukah turut mencatat bacaan IPU tidak sihat sejak minggu lalu. Sehingga kini, sebanyak 11 titik panas telah dikesan di sekitar utara dan barat Borneo.

Orang awam dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar rumah. Golongan yang mempunyai masalah pernafasan disaran mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom seperti sesak nafas atau batuk berpanjangan.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: US tariff cut a boost for exporters, says Eric Tay
Next: Perkasa teknologi digital ke arah bandar raya pintar mampan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.