Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Washington kenakan tarif 19 peratus ke atas Malaysia, empat negara ASEAN lain
  • NASIONAL

Washington kenakan tarif 19 peratus ke atas Malaysia, empat negara ASEAN lain

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Malaysia berserta empat lagi negara anggota ASEAN, dikenakan tarif sebanyak 19 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2025.

Menerusi perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada 31 Julai 2025, tarif sama turut dikenakan ke atas Kemboja, Filipina, Thailand serta Indonesia.

Pada 7 Julai lepas, Washington mengumumkan untuk mengenakan tarif pada kadar 25 peratus ke atas semua produk Malaysia ke AS yang berasingan daripada tarif mengikut sektor, berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2025 — satu mata peratusan lebih tinggi daripada pengumuman yang dibuat pada April lepas.

Dalam pada itu, Vietnam dikenakan kadar tarif lebih tinggi pada 20 peratus dan diikuti oleh Brunei pada 25 peratus.

Singapura yang juga rakan dagang utama AS, terus menikmati kadar tarif paling rendah dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN pada 10 peratus yang tidak berubah sejak awal pelaksanaannya.

Laos dan Myanmar sebaliknya dikenakan tarif pada kadar tertinggi di rantau ini iaitu masing-masing pada 40 peratus.– Bernama

Continue Reading

Previous: AS kurangkan tarif ke atas import Malaysia kepada 19 peratus
Next: Pembinaan jalan Nanga Serau-Nanga Seranau legakan penghuni rumah Panjang – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.