Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar bentang RMK13 dengan tema ‘Melakar Semula Pembangunan’
  • NASIONAL

PM Anwar bentang RMK13 dengan tema ‘Melakar Semula Pembangunan’

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) (RMK13) berteraskan kepada tiga asas utama iaitu pembentukan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah, sistem sosial berteraskan insan MADANI, serta peralihan kepada negara berasaskan kecerdasan buatan.

Pelan pembangunan lima tahun itu menyasarkan pembentukan masyarakat yang inklusif dan progresif, selain menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi digital serantau melalui penghasilan inovasi serta produk dan perkhidmatan bertaraf global ‘Made by Malaysia’.

Empat tonggak utama digariskan di bawah RMK13 yang bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’ ialah meningkatkan kerencaman ekonomi, meningkatkan mobiliti sosial, mempercepat pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Di samping itu, sembilan tumpuan iaitu menuju negara berteraskan kecerdasan buatan, melonjakkan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dan sektor strategik, menyeimbangkan kemajuan ekonomi antara wilayah dan mengukuhkan pembangunan desa, memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di persada ekonomi dunia.

Tumpuan lain adalah memastikan perkhidmatan telus, tangkas dan tuntas, menangani beban kos sara hidup, merekayasa sistem sosial berteraskan insan MADANI, meningkatkan mutu kehidupan rakyat dan mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan peluang.

Antara sasaran utama RMK13 menjelang 2030 ialah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar purata 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, pengurangan defisit fiskal kepada bawah tiga peratus KDNK, serta pertumbuhan pelaburan swasta mencecah RM417.9 bilion setahun secara nominal.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 membentangkan perancangan lima tahun itu di Dewan Rakyat, dengan kerajaan memperuntukkan RM611 bilion berbanding RM400 bilion yang diperuntukkan pada RMK12.  – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Jangan terpedaya penipuan pendaftaran penghargaan SARA – Amir Hamzah
Next: RMK13: Kerajaan beri tumpuan khusus posisi Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.