Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jerebu, kabus tebal jejas penglihatan di Bekenu seawal 7.30 pagi
  • Utara
  • WILAYAH

Jerebu, kabus tebal jejas penglihatan di Bekenu seawal 7.30 pagi

Utusan Sarawak 2 days ago
KEADAAN jerebu yang luar biasa turut menyebabkan jambatan utama yang menghubungkan pekan Bekenu ke beberapa kampung seperti Kampung Rambai, Tiris, Bulau, Mutap dan Sinop sukar dilihat.

BEKENU: Kawasan dari Ulu Sungai Sibuti dan Kampung Rambai menuju ke pekan Bekenu dilaporkan diselubungi kabus tebal serta jerebu pagi ini, sehingga menyebabkan jarak penglihatan terhad seawal jam 7.30 pagi.

Keadaan jerebu yang luar biasa ini turut menyebabkan jambatan utama yang menghubungkan pekan Bekenu ke beberapa kampung seperti Kampung Rambai, Tiris, Bulau, Mutap dan Sinop sukar dilihat, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang bergantung pada laluan tersebut untuk ke pekan.

Difahamkan, sebahagian pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bekenu yang berasal dari kawasan Ulu Sungai Sibuti turut menghadapi kesukaran untuk ke sekolah kerana bergantung pada perahu sebagai pengangkutan utama melalui Sungai Sibuti.

Sekitar jam 9.00 pagi, keadaan cuaca bertukar cerah dan panas dengan jarak penglihatan yang kembali jelas di sekitar Sungai Sibuti dan Kampung Rambai. Punca jerebu masih belum dapat dipastikan, namun tiada aktiviti pembakaran terbuka dilaporkan di kawasan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya individu yang mempunyai masalah pernafasan serta pengguna jalan raya dan sungai yang berisiko semasa keadaan jarak penglihatan terhad.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada dua warga emas
Next: Bekalan air terjejas di Taman Duranda Emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.