
MIRI: Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Hospital Miri, Larian Hospital Miri edisi ke-5 akan dianjurkan pada 1 November 2025 bertempat di Dewan Bandaraya Miri, Marina Bay.
Acara berprestij ini dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, dengan kerjasama Rotary Club of Miri Oil Town, Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) Cawangan Miri, dan Hospital Miri.
Larian amal sejauh lima kilometer itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap kanser payudara dan kesihatan jantung, selain mengumpul dana bagi menyokong pelbagai inisiatif kebajikan.
Pendaftaran kini dibuka sehingga 14 September 2025 dan orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara yang bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga menyumbang kepada tujuan yang bermakna.
Jangan lepaskan peluang, sertai larian untuk kesihatan dan amal, daftar penyertaan sekarang di https://forms.gle/ydwQ5LvCkYrLhky6A
Oleh Adum Liu