Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SFC, Mubadala fokus pemuliharaan hutan bakau di Taman Negara Tanah Lembap Kuching
  • TEMPATAN

SFC, Mubadala fokus pemuliharaan hutan bakau di Taman Negara Tanah Lembap Kuching

Utusan Sarawak 6 days ago
TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menghadiri pelaksanaan aktiviti lapangan dalam usaha pemuliharaan semula hutan paya bakau di Taman Negara Tanah Lembap Kuching hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bersama rakan strategiknya, Mubadala Energy mencapai satu lagi pencapaian penting dalam usaha pemuliharaan semula hutan paya bakau menerusi pelaksanaan aktiviti lapangan di Taman Negara Tanah Lembap Kuching hari ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, program yang berlangsung di Sungai Lemidin ini merupakan kesinambungan kepada Perjanjian Kerjasama yang dimeterai antara SFC dan Mubadala Energy pada 7 November 2024 di Abu Dhabi.

“Program kita ini ialah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah kita meteraikan dengan Mubadala di Abu Dhabi tahun lepas.

“Alhamdulillah kita sampai ke satu peringkat di mana kita dapat merealisasikan MoU ini. Kemudian, mungkin kita dapat memeteraikan perjanjian seterusnya,” katanya dalam sidang media selepas program berkenaan.

Tambah beliau, kawasan Taman Negara Tanah Lembap ini merupakan salah satu tapak Ramsar di Sarawak yang dipilih berdasarkan kepentingannya dari segi ekosistem serta akses logistik yang sesuai untuk pelaksanaan aktiviti pemuliharaan.

“Pemilihan lokasi ini juga bertepatan memandangkan Kawasan tersebut merupakan satu daripada tiga kawasan utama hutan bakau di Sarawak selain Delta Rajang serta Limbang dan Lawas,” katanya lagi.

TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menghadiri pelaksanaan aktiviti lapangan dalam usaha pemuliharaan semula hutan paya bakau di Taman Negara Tanah Lembap Kuching hari ini. Foto UKAS

Beliau turut menyatakan bahawa program ini secara tidak langsung merupakan antara pengisian sempena Hari Pemuliharaan Ekosistem Bakau Sedunia pada 26 Julai setiap tahun.

Menurut beliau, masyarakat umum sering memandang kawasan bakau sebagai tidak mesra kerana kehadiran nyamuk dan buaya, namun sebenarnya hutan bakau memainkan peranan penting sebagai penampan semula jadi antara laut dan daratan.

Ujarnya, hutan bakau menjadi kawasan pembiakan penting bagi hidupan marin yang menyumbang kepada kelangsungan biodiversiti dan sistem sokongan kehidupan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji komitmen berterusan SFC, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan rakan strategik seperti Mubadala Energy dalam menggiatkan pemuliharaan habitat bakau, bukan sahaja di Kuching tetapi juga di wilayah tengah dan utara negeri.

Beliau yakin usaha ini akan memberi impak jangka panjang kepada keseimbangan ekosistem dan turut memberi manfaat kepada komuniti setempat yang bergantung kepada sumber alam sekitar untuk kelangsungan hidup mereka.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 24 Renjer SFC dilatih tangani tapak jenayah hidupan liar
Next: Taman Negara Tanah Lembap Kuching dicadang jadi tapak perlindungan buaya pertama Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.