Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar lawat Indonesia hadiri rundingan tahun pertama bersama Prabowo
  • NASIONAL

PM Anwar lawat Indonesia hadiri rundingan tahun pertama bersama Prabowo

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Indonesia mulai Isnin bagi menghadiri Rundingan Tahunan ke-13 dengan Presiden Prabowo Subianto, yang merupakan sesi pertama antara kedua-dua pemimpin.

Beliau akan diiringi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata Rundingan Tahunan ini merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Indonesia, yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dan menyeluruh.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat media hari ini.

Syed Mohamad Hasrin  berkata mesyuarat ini diadakan secara bergilir antara kedua-dua negara sejak 2006 dan mencerminkan komitmen politik yang kukuh untuk mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, kesalinghubungan, keterjaminan makanan dan pendidikan.

“Kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang menjadi kepentingan bersama,” katanya sambil menambah satu Kenyataan Bersama akan dikeluarkan pada akhir sesi rundingan.

Rundingan Tahunan terakhir diadakan pada 2017, menjadikan pertemuan kali ini sebagai peluang yang tepat untuk kedua-dua pemimpin memperteguh hubungan strategik dan meneroka bidang kerjasama baharu dalam menghadapi cabaran serantau dan global semasa.

Syed Mohamad Hasrin berkata kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran empat Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan bidang sempadan darat, kerjasama kesihatan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Semasa lawatan itu, Perdana Menteri dijadualkan melawat Sekretariat ASEAN di Jakarta atas jemputan Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

Anwar turut akan menyampaikan Ucapan Dasar mengenai ASEAN dalam konteks Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025, yang menekankan komitmen berterusan Malaysia terhadap integrasi serantau dan pembinaan Komuniti ASEAN.

Pada 2024, Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Perdagangan dua hala meningkat sebanyak 4.5 peratus daripada RM111.21 bilion pada 2023 kepada RM116.29 bilion pada 2024.

–Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia rujuk Thailand, Jepun hasilkan buah-buahan tempatan sepanjang musim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.