Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Fernandes wira Man United atasi West Ham
  • SUKAN

Fernandes wira Man United atasi West Ham

Utusan Sarawak 14 hours ago

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes meraikan jaringan ketika aksi pramusim menentang West Ham di Stadium MetLife, New Jersey. - Foto AFP

NEW YORK: Bruno Fernandes meledak dua gol untuk membantu Manchester United memulakan siri jelajah Amerika Syarikat dengan kemenangan 2-1 ke atas West Ham dalam kejohanan Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris di New Jersey.

Kapten United itu memanfaatkan dua kesilapan penjaga gol antarabangsa Perancis, Alphonse Areola, bagi memastikan kemenangan buat skuad kendalian Ruben Amorim dalam cuaca panas terik di Stadium MetLife.

Areola dipersalahkan untuk kedua-dua gol United. Jarrod Bowen berjaya merapatkan jurang buat The Hammers.

United membuka jaringan seawal minit kelima menerusi sepakan penalti Fernandes selepas Areola menjatuhkan Ayden Heaven dalam kotak penalti.

Pada minit ke-52, Fernandes menggandakan kelebihan United dengan penyudah bijak selepas satu lagi kesilapan Areola memberikan bola kepada Kobbie Mainoo. Mainoo kemudian melorongkan bola kepada Fernandes yang menyudahkan peluang dengan sepakan lambung.

West Ham bangkit merapatkan kedudukan pada minit ke-63 menerusi penyudah kemas Bowen, dan penyerang England itu turut mencipta satu lagi peluang pada masa kecederaan tetapi diselamatkan penjaga gol United, Altay Bayindir.

“Bagus untuk menang, walaupun ia perlawanan persahabatan — kami tetap mahu memenangi setiap perlawanan sebagai persiapan terbaik sebelum musim bermula.

“Secara keseluruhan kami bermain baik, terutama ketika menguasai bola. Cuma ada ketika kami terlalu gopoh dan patut mengawal tempo lebih lama. Itu perkara yang perlu kami perbaiki, tapi secara keseluruhan ia perlawanan yang sangat bagus buat kami,” kata Fernandes kepada NBC Sports selepas perlawanan.

Pemain baharu United, Bryan Mbeumo, turut serta dalam jelajah kali ini tetapi tidak tersenarai dalam skuad untuk perlawanan berkenaan.

Mbeumo dijangka membuat penampilan sulung apabila United bertemu Bournemouth dalam aksi kedua kejohanan itu di Chicago pada Rabu ini.

Terdahulu, Bournemouth mencatat kemenangan 3-0 ke atas Everton dalam perlawanan pembukaan kejohanan yang berlangsung di venue sama.

Philip Billing, Dango Outtara, dan Daniel Adu-Adjei masing-masing menjaringkan gol untuk memberi kemenangan selesa buat pasukan bimbingan Andoni Iraola. – AFP

Continue Reading

Previous: Diaz direhatkan kerana spekulasi perpindahan – Slot
Next: 7 pemain badminton MSS Sri Aman sedia beraksi di Kejohanan MSS Sarawak Bawah 12 di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.