Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Diaz direhatkan kerana spekulasi perpindahan – Slot
  • SUKAN

Diaz direhatkan kerana spekulasi perpindahan – Slot

Utusan Sarawak 14 hours ago

Luis Diaz. Foto fail AFP

LONDON: Luis Diaz diketepikan daripada skuad Liverpool bagi perlawanan pramusim menentang AC Milan kerana penyerang itu sedang dalam rundingan perpindahan ke Bayern Munich.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, yang tewas 2-4 di Hong Kong, dijangka menerima bidaan kedua untuk Diaz selepas menolak tawaran awal bernilai hampir £58.5 juta (RM332 juta), dan pemain Colombia itu difahamkan mahu meninggalkan kelab.

Dia turut dikeluarkan daripada skuad 22 pemain Liverpool, semalam, disebabkan perkara berkenaan dan Arne Slot berkata, mereka telah membuat keputusan untuk tidak menurunkannya selagi spekulasi masih berterusan.

Ketika ditanya sama ada ketiadaan Diaz berkait dengan masa depannya, Slot menjawab: “Ya, dalam situasi Lucho, memang begitu. Terdapat banyak khabar angin mengenainya sejak kebelakangan ini dan saya tidak boleh mengulas lanjut.”

“Tetapi dia menjalani latihan dengan sangat baik bersama kami dan kami memutuskan buat masa ini untuk tidak menurunkannya dahulu.

“Adakah dia mahu meninggalkan kelab? Itu bukan soalan untuk saya jawab.”

Darwin Nunez, yang masa depannya juga belum pasti, turut tidak diturunkan dalam kekalahan itu, namun Slot menjelaskan ia disebabkan kecederaan ringan.

Wataru Endo dan Alexis Mac Allister juga tidak diturunkan kerana isu kecergasan tetapi kedua-duanya dijangka cergas untuk perlawanan seterusnya.

Namun pertahanan, Joe Gomez sudah pulang ke England akibat kecederaan ringan pada tendon Achilles, menyebabkan Liverpool hanya mempunyai dua bek tengah yang cergas, satu situasi yang meningkatkan tekanan untuk kelab berbelanja lebih, walaupun mereka sudah membelanjakan £295 juta (RM1.67 bilion) musim panas ini.

“Ryan (Gravenberch) menunjukkan hari ini (semalam) bahawa dia boleh bermain di posisi dimahukan. Dia pernah melakukannya musim lalu juga. Tetapi kita semua tahu dia lebih sesuai sebagai pemain tengah.

“Wata (Endo) juga boleh bermain sebagai bek tengah. Joe Gomez hanya mengalami kecederaan kecil. Kami masih ada pilihan yang mencukupi tetapi memang benar Jarell Quansah sudah meninggalkan pasukan dan kami belum mempunyai pengganti lagi,” katanya.

Continue Reading

Previous: 50 pasukan serlahkan aksi hebat sempena Pertandingan Dart Zon Tengah Sarawak
Next: Fernandes wira Man United atasi West Ham

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.