Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 50 pasukan serlahkan aksi hebat sempena Pertandingan Dart Zon Tengah Sarawak
  • SUKAN

50 pasukan serlahkan aksi hebat sempena Pertandingan Dart Zon Tengah Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK ALBUM….Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab dan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama para peserta Pertandingan Double Dart Open Zon Tengah Sarawak 2025. Foto UKAS

BINTANGOR: Sambutan hangat dan suasana bertenaga menyelubungi Dewan Masyarakat Meradong semalam apabila hampir 50 pasukan dari seluruh Sarawak berkumpul bagi menyertai Pertandingan Double Dart Open Zon Tengah Sarawak 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing meluahkan rasa gembira kerana pertandingan tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. 

“Ini jelas membuktikan bahawa sukan dart semakin mendapat tempat di hati masyarakat dan berperanan sebagai pemangkin perpaduan antara masyarakat di negeri kita.

“Saya berharap agar pertandingan ini bukan yang terakhir, namun menjadi pertandingan tahunan yang lebih besar dan lebih teratur pada masa akan datang,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pertandingan Double Dart Open Zon Tengah Sarawak 2025 bertempat di Dewan Masyarakat Meradong, semalam. 

Hadir bagi merasmikan pertandingan tersebut ialah Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab. 

Koung Hiing juga menyeru agar lebih ramai pihak tampil memberikan sokongan terhadap sukan dart. 

“Sokongan ini bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi juga dari aspek penajaan dan promosi,” katanya. 

Beliau turut mengumumkan akan menyumbangkan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM3,000 sempena penganjuran pertandingan sukan tersebut. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: WUG 2025: Kuartet 4X100m kota janji ke final
Next: Diaz direhatkan kerana spekulasi perpindahan – Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.