Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Double Dart Open 2025 perkukuh semangat kesukanan belia dan perpaduan di Bintangor
  • SUKAN

Double Dart Open 2025 perkukuh semangat kesukanan belia dan perpaduan di Bintangor

Utusan Sarawak 14 hours ago
SIMBOLIK PERASMIAN….Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab melakukan simbolik perasmian Pertandingan Double Dart Open Zon Tengah Sarawak 2025.

BINTANGOR: Pertandingan Double Dart Open Zon Tengah Sarawak 2025 mampu mengukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan belia, kata Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab. 

Katanya, pertandingan sukan seperti ini juga sangat penting dalam memperkukuh keharmonian sosial dan menggalakkan gaya hidup sihat. 

“Selain itu, ia juga memberikan ruang kepada para peserta untuk menyerlahkan bakat dalam bidang sukan dart. 

“Ia adalah satu platform terbaik untuk mencungkil bakat muda dalam permainan dart untuk Daerah Meradong pada masa akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan pertandingan tersebit bertempat di Dewan Masyarakat Meradong, semalam. 

Beliau turut mengucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan tersebut. 

“Syabas dan tahniah kepada Kelab Dart Meradong dan Persatuan Kebajikan Anak Asal Bintangor (PEKAAB) yang telah menunjukkan contoh terbaik bagaimana komuniti dapat berganding bahu dalam menjayakan pertandingan besar seperti ini. 

“Selain itu, saya percaya kejayaan pada hari ini adalah hasil daripada komitmen tinggi, kerja keras dan semangat sukarela semua pihak yang terlibat,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau akan menyumbang geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM2,000 kepada Kelab Dart Meradong. 

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, Penolong Pegawai Daerah Meradong, Sonia Hii dan Pengerusi Kelab Dart Meradong, Ibrahim Ahim. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sembilan pasukan rebut kejuaraan Sepak Takraw Tertutup 2025 di Marudi
Next: WUG 2025: Kuartet 4X100m kota janji ke final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.