Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Prihatin masalah air, Rubiah salur 10,000 botol air minuman untuk Kampung Sungai Mata
  • Selatan
  • WILAYAH

Prihatin masalah air, Rubiah salur 10,000 botol air minuman untuk Kampung Sungai Mata

Utusan Sarawak 21 hours ago
SEKITAR acara pengagihan air botol minuman di Kampung Sungai Mata, di Samarahan hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang tampil menyantuni keperluan asas penduduk dengan menyalurkan hampir 10,000 botol air minuman bersaiz 1.5 liter.

Ia sebagai usaha segera membantu penduduk Kampung Sungai Mata yang terjejas akibat masalah tekanan air rendah.

Bantuan tersebut disampaikan melalui Pegawai Pusat Khidmat P197 Kota Samarahan sebagai langkah pantas memastikan kebajikan komuniti setempat terus terpelihara. 

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban harian penduduk yang berhadapan kekangan bekalan air, malah mencerminkan keprihatinan tinggi terhadap kesejahteraan rakyat di kawasannya.

Penduduk kampung menyambut baik usaha tersebut dan menzahirkan penghargaan atas tindakan segera yang diambil. 

Turut dihargai ialah kerjasama pelbagai pihak yang menjayakan misi bantuan ini demi memastikan penduduk mendapat akses kepada bekalan air bersih dalam tempoh kritikal ini.

Masalah tekanan air rendah yang berlarutan sejak beberapa hari lalu menimbulkan kesukaran kepada ramai penduduk, khususnya keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas. 

Bantuan air minuman ini dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek yang amat diperlukan sementara menunggu tindakan penyelesaian jangka panjang daripada pihak berwajib.

Rubiah dalam kenyataannya turut menegaskan komitmen untuk terus memantau isu infrastruktur asas di kawasan luar bandar, termasuk akses air bersih dan kemudahan utiliti lain. 

Beliau menyeru agensi berkaitan agar mempercepatkan usaha pemulihan dan menaik taraf sistem bekalan air demi kesejahteraan penduduk.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: Tebingan Sungai Kampung Rambai tarikan baharu Bekenu, dijangka siap April 2026
Next: Penduduk Kampung Atas dan Badul, kini nikmati bekalan air bersih lebih stabil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.