
MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man akan menganjurkan Program Khidmat Nasihat Undang-Undang Percuma, 1 Ogos ini.
Program itu akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri di Jalan Baiduri 4, Pujut 4,
bermula 1.30 petang hingga 4.30 petang.
Choon Man berkata, program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang tidak mampu mendapatkan khidmat guaman.
“Program ini bertujuan untuk membantu rakyat mendapatkan penerangan dan panduan berkaitan isu-isu undang-undang harian, sekali gus meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman undang-undang dalam kalangan komuniti.
“Dua peguam bertauliah akan hadir bagi memberikan khidmat nasihat secara terus kepada orang awam,” katanya.
Antara bidang nasihat undang-undang yang akan ditawarkan termasuk, urusan pusaka dan wasiat, perceraian dan hak penjagaan anak, sewa rumah dan pemilikan hartanah, Gangguan, fitnah dan kes jenayah kecil, prosedur mahkamah dan dokumentasi undang-undang.
“Program ini adalah percuma sepenuhnya, namun tempat adalah terhad dan perlu mendaftar awal. Orang ramai yang berminat dinasihatkan untuk mendaftar dengan menghubungi 012-852 0946,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa akses kepada keadilan tidak seharusnya menjadi hak eksklusif kepada mereka yang mampu, malah ianya adalah hak setiap rakyat.
Justeru, beliau berharap inisiatif ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya warga Miri yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri di talian 012-852 0946.
Oleh Liong Chai Ling