Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Seminar Antarabangsa Kemanusiaan, Krisis Perubahan Iklim di Kuching, 29-30 Julai ini
  • SEMASA

Seminar Antarabangsa Kemanusiaan, Krisis Perubahan Iklim di Kuching, 29-30 Julai ini

Utusan Sarawak 2 days ago
SIDANG MEDIA… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merakamkan gambar kenangan selepas sidang media berkenaan penganjuran Seminar Antarabangsa tentang Kemanusiaan dan Krisis Perubahan Iklim: Perspektif Multidimensi sempena 70 Tahun Majlis Islam Sarawak, di Persada Majma’, Kuching hari ini. Foto: Shikin Mahmud

KUCHING: Seminar bertaraf antarabangsa bertemakan isu kemanusiaan dan perubahan iklim akan berlangsung pada 29 dan 30 Julai ini di Dewan Kompleks Islam Sarawak sebagai salah satu acara utama sambutan ulang tahun ke-70 Majlis Islam Sarawak (MIS).

Seminar bertajuk Seminar Antarabangsa mengenai Kemanusiaan dan Krisis Perubahan Iklim: Suatu Perspektif Pelbagai Dimensi itu dianjurkan MIS dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, seminar selama dua hari itu dijangka menghimpunkan lebih 500 peserta termasuk pembuat dasar, ahli akademik, cendekiawan, saintis dan pemimpin pemikir dari dalam dan luar negara.

“Seminar ini merupakan salah satu daripada program tonggak sempena sambutan 70 tahun MIS, yang bermula dari Mei 2025 hingga Mei 2026, melibatkan pelbagai acara peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Kita mahu meningkatkan kefahaman tentang hubungan antara aktiviti manusia dan perubahan iklim global yang semakin kritikal, selain mengetengahkan pendekatan Islam dalam menangani cabaran ini secara lestari dan inklusif,” katanya pada sidang media di Persada Majma’, hari ini.

SIDANG MEDIA… Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berucap pada sidang media berkenaan penganjuran Seminar Antarabangsa tentang Kemanusiaan dan Krisis Perubahan Iklim: Perspektif Multidimensi sempena 70 Tahun Majlis Islam Sarawak, di Persada Majma’, Kuching hari ini. Foto: Shikin Mahmud


Tambah beliau, seminar tersebut akan dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang turut akan menyampaikan ucaptama bertajuk Mengimbangi Keperluan Pembangunan dan Kebimbangan Alam Sekitar: Pengalaman Sarawak dan Halatuju Masa Hadapan

Antara tokoh ilmuwan dan profesional yang akan menyampaikan syarahan utama ialah Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin dan Rakan Peralihan Tenaga Asia Pasifik dari PwC Australia, Lachy Haynes.


Turut dijangka hadir ialah pembentang dari China, universiti tempatan, serta wakil dari IKIM, Universiti Malaya dan beberapa institusi pengajian tinggi antarabangsa.


Selain sesi pembentangan, seminar itu juga akan menampilkan wacana berkaitan nilai, etika dan tadbir urus alam sekitar berdasarkan perspektif Islam, serta perbincangan teknologi hijau dan penyelesaian berasaskan komuniti. Pelancaran buku terbitan baharu oleh IKIM dan MIS serta pameran inisiatif kelestarian turut dijadualkan.

“Ini peluang terbaik untuk kita membentuk jaringan kerjasama, berkongsi penyelidikan serta membina kesedaran bersama dalam menangani isu kemanusiaan dan krisis iklim global,” ujar beliau lagi.

Penyertaan seminar ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai khususnya mereka yang prihatin terhadap isu kemanusiaan dan kelestarian alam sekitar.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: AirAsia sambung semula penerbangan terus Kuching–Pontianak
Next: Jerebu: Lundu dan Tebedu berisiko tinggi alami kemerosotan kualiti udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.