Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kelab Malaysiaku plaform pembentukan warganegara berjiwa patriotik
  • TEMPATAN

Kelab Malaysiaku plaform pembentukan warganegara berjiwa patriotik

Utusan Sarawak 3 days ago
PERJUMPAAN strategik telah diadakan antara Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Sri Aman dan wakil JAPEN Daerah Sri Aman hari ini. Foto: JAPEN Sri Aman

SIMANGGANG: Kelab Malaysiaku terus mengorak langkah sebagai sebuah platform penting dalam membentuk warganegara yang berjiwa patriotik dan berdaya tahan, melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti berteraskan kenegaraan yang melangkaui batasan kokurikulum konvensional.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman hari ini satu perjumpaan strategik telah diadakan antara Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku, Nuraini Mohd Razakafli, dan wakil Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Sri Aman yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah, Safariza Bujang. 

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada pelaksanaan program sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada Ogos nanti, melibatkan pengisian berbentuk kesedaran sivik, ceramah kenegaraan, pendidikan mengenai Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, Undi 18, serta Kempen Keselamatan Internet. 

Program ini juga dijangka dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memperluas keberkesanan penyampaian maklumat kepada generasi muda.

Sebagai tanda sokongan, pihak JAPEN turut menyerahkan bahan penerbitan seperti risalah dan poster untuk kegunaan Kelab Malaysiaku sebagai alat bantu pembelajaran dan rujukan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.

Menurut Safariza, pelaksanaan program seumpama ini bukan hanya menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar, malah turut memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan.

“Program sebegini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat nilai kemanusiaan, perpaduan dan ihsan sebagai asas pembinaan sebuah negara bangsa yang kukuh dan progresif,” ujarnya.

Sementara itu, Nuraini menekankan bahawa Kelab Malaysiaku berperanan besar dalam membina jati diri pelajar yang memahami erti sebenar kemerdekaan dan perjuangan bangsa.

“Kelab Malaysiaku bukan sekadar tempat pelajar menyanyi lagu kebangsaan atau mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi medan untuk mereka mendalami sejarah, menghargai perjuangan tokoh terdahulu, dan bersiap siaga mempertahankan kedaulatan negara melalui ilmu dan nilai perpaduan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sambutan Bulan Kebangsaan wajar diraikan dengan penuh penghayatan dan kefahaman agar nilai kenegaraan dapat diresapi secara mendalam oleh generasi muda.

“Fokus kepada kemandirian dan jati diri ini perlu diteruskan sehingga mereka melangkah ke alam dewasa sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan beretika,” katanya.

Turut hadir, Penolong Pegawai Penerangan, Jessica Gilbert dan Pegawai Penyelaras Kelab Malaysiaku, Iswandi Kassim.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Orang awam diingatkan ambil langkah proaktif hadapi cuaca panas
Next: DAP Sarawak will not be silenced for doing its job

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.