Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia sedang giat berunding dengan AS, sasar tarif bawah 20 peratus – Tengku Zafrul
  • NASIONAL

Malaysia sedang giat berunding dengan AS, sasar tarif bawah 20 peratus – Tengku Zafrul

Utusan Sarawak 2 days ago
TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Foto Bernama

PETALING JAYA: Malaysia sedang giat berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dengan sasaran untuk mengurangkannya di bawah paras 20 peratus.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengumuman berhubung perkara itu dijangka dibuat sebaik sahaja semua terma dimuktamadkan.

“Perbincangan sedang berjalan. Malah, rundingan diteruskan minggu ini, jadi kita masih berada di landasan untuk mencapai tarikh akhir itu. Sebaik terma dipersetujui, saya percaya pengumuman akan dibuat,” katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025.

Mengenai kemungkinan lanjutan tarikh akhir, Tengku Zafrul berkata ia bergantung kepada pentadbiran Presiden AS Donald Trump, sambil menambah tiada sebarang rundingan rasmi mengenai lanjutan diadakan setakat ini.

“Setiap negara berdepan cabaran berbeza berkaitan dengan perkara yang boleh kita tawarkan. Kita tidak boleh menawarkan perkara yang kita tidak ada atau perkara yang kita rasa mungkin boleh memudaratkan industri Malaysia. Ini adalah faktor yang perlu kita pertimbangkan dengan teliti,” katanya.

Bagaimanapun Tengku Zafrul enggan mendedahkan kompromi yang ditawarkan Malaysia dalam perbincangan perdagangan yang sedang berjalan dengan AS.

Dilaporkan bahawa halangan bukan tarif menjadi tumpuan utama perbincangan yang menyentuh beberapa isu seperti pensijilan halal dan perolehan kerajaan yang berkait rapat dengan kepentingan negara.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: TikTok Shop catat lebih 100 juta carian produk sehari, pacu pertumbuhan e-dagang di Malaysia
Next: Hebahan mesej ‘bantuan SARA untuk semua’ palsu – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.