Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Awang Tengah tinjau klinik kesihatan baharu Lawas
  • KESIHATAN

Awang Tengah tinjau klinik kesihatan baharu Lawas

Utusan Sarawak 5 days ago
TAKLIMAT PEMBANGUNAN… Jurutera JKR Bahagian Limbang Mahathir Jokeni dilihat sedang memberi taklimat projek Klinik Kesihatan Lawas kepada Awang Tengah dan Awangku Jina Abedin.

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Klinik Kesihatan Lawas baharu, yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini dan mula beroperasi pada awal tahun hadapan.

Klinik kesihatan tersebut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perubatan dan rawatan moden bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Klinik Kesihatan Lawas ini dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini. Sedikit kelewatan berlaku disebabkan oleh kerja tambahan yang perlu dilaksanakan oleh pihak kontraktor.”

“Mereka telah memberi jaminan bahawa projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Lawas sebelum berlepas ke Miri kelmarin.

KONGSI MAKLUMAT… Awang Tengah ketika bertemu media sebelum meneruskan perjalanan menghadiri program lain. 

Klinik Kesihatan Lawas ini mampu menampung sehingga 300 pesakit pada satu-satu masa.

Pada masa yang sama, klinik ini turut menerima pesakit dari kawasan Utara Sarawak serta daerah berdekatan di Sabah.

“Sama seperti di Sabah, mereka turut menerima pesakit dari Lawas yang dirujuk ke sana, termasuk dari Limbang.

“Justeru, kita juga akan menerima pesakit dari kawasan tersebut untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Lawas yang lebih besar dan lengkap dengan pelbagai kemudahan perubatan,” ujarnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Risiko jerebu rentas sempadan di Sarawak meningkat
Next: Masih kecil tapi ‘besar’: Krisis obesiti kanak-kanak di Malaysia kian membimbangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.